E35: Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan Dan Dua Anaknya, Lukas 15:11-32. [Mesej Hari Bapa 21 Jun 2020]
Manage episode 286116548 series 2871281
Shalom. Selamat Hari Bapa.
Sempena Hari Bapa saya membaca perumpamaan yang diberi Tuhan Yesus di Lukas 15:11-32, untuk kita hayati, dengan tajuk, “Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan Dan Dua Orang Anaknya”.
Perumpamaan tentang anak yang hilang adalah satu perumpamaan yang sangat terkenal. Banyak buku ditulis, banyak khotbah disampaikan, banyak lukisan disiapkan mengenai perumpamaan ini. Iaitu, banyak yang telah kita hayati bersama tentang perumpamaan ini. Kita tetap mendengar cerita ini seakan-akan kita membuka “photo album keluarga” – melihat gambar-gambar perjalanan hidup kita dan untuk melekat gambar-gambar baru dalam photo album kita. Pagi ini, dalam kita merayakan Hari Bapa saya membawa kita untuk menghayati perumpamaan ini sekali lagi dengan tajuk, “Hati Bapa : Seorang Bapa Yang Penuh Belaskasihan dan Dua Anaknya”. Iaitu, kita akan melihat secara menyeluruh ketiga peribadi utama dalam cerita, bapa, anak bungsu dan anak sulung.
Kita akan menghayati teks kita dengan melihat 4 perkara:
[1] Hati Bapa Yang Melimpah Dengan Kemurahan dan Belas Kasihan, Lukas 15:11-21.
[2] Hati Bapa Yang Melimpah Dengan Sukacita Kerana Anaknya, Lukas 15:22-24, 31-32
[3] Identiti Anak Berada di Hati Bapa. Lukas 15:18-19, 29.
[4] Hati Bapa Tetap Terbuka Untuk Anak Nya. Lukas 15:28, 32
Untuk memudahkan renungan kita, kita membuat tiga perkara sebagai batas perbualan kita.
(a) Bapa, anak bungsu dan anak sulung merujuk kepada kita sebagai manusia dalam satu keluarga.
(b) Kita juga akan kaitkan perbualan sebagai pertumbuhan atau pembentukan kita secara rohani daripada hati anak bongsu dan hati anak sulung kepada hati bapa.
(c) Kita juga akan melihat “bapa” sebagai gambaran Allah Bapa, dan anak-anak adalah kita .
Daripada empat perkara yang telah kita hayati, kita dapat merumus bahawa hati Allah Bapa terarah kepada kita semua. Dan dari perbualan kita, dari semua yang kita telah renungkan, panggilan untuk kita adalah:
(i) Kita adalah anak kepada Allah Bapa. Perumpamaan yang telah kita renung adalah untuk membawa hati kita daripada hati anak bungsu dan hati anak sulung kepada hati bapa. Kita bukan saja menjadi orang yang diampuni tetapi juga menjadi orang yang mengampuni. Kita bukan saja menjadi orang yang diterima tetapi juga orang yang dapat menerima. Kita bukan saja menerima belas kasihan tetapi juga yang memberi belas kasihan.
(ii) Hati Bapa melimpah dengan kemurahan dan belaskasihan. Dan di Lukas 6:36, Tuhan Yesus mengajar kita begini, “hendaklah kamu berbelas kasihan seperti Bapa-mu yang berbelas kasihan”.
“Selamat Hari Bapa”
Tuhan memberkati.
Lydia.
[Mesej Hari Bapa dikongsi dalam Kebaktian Hari Ahad, 21 Jun 2020, 10AM]
--- Send in a voice message: https://podcasters.spotify.com/pod/show/lydia341/message78 episodios